Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji

Sebenarnyakan, bila saya kira kelayakan pinjaman perumahan ni bukannya kena tahu gaji sahaja. Ada lagi perkara lain yang saya kena tahu, supaya kita boleh lebih pasti, samada nanti bila anda proceed pinjaman, akan lulus atau tidak.

So, selain daripada tahu, yang penting juga saya nak tahu ialah:

  1. komitmen – gaji banyak pun tak guna, kalau komitmen beratur
  2. rekod ccris – ini adalah rekod loan kita dengan bank, atau institusi kewangan, macam loan kereta semua. Saya kena tahu ada tak kalau terlambat bayar. Dan kalau ada, berapa bulan skip? dan sudah setelkan tunggakan atau belum? bila penangguhan ini berlaku?
  3. rekod ctos – ctos ini pula, komitmen kita selain daripada bank, macam dengan celcom, unifi, dll. Kalau ada rekod buruk kat ctos ini juga, menentukan bank mana yang submit loan. Sebab ada bank yang kesah, ada bank yang tak kesah kalau rekod ctos anda buruk. Ctos atau Ccris ini juga menentukan anda akan boleh dapat loan penuh 100% atau tidak.
  4. katakan komitmen tak ada, kiranya rekod ccris dan ctos clean, tiada apa apa rekod. Ini pun saya nak tahu juga, lagi sekali ia menentukan kita perlu submit bank mana.

Berkenaan dengan pinjaman perumahan 100%, anda juga kena layak dengan syarat syarat Skim Rumah Pertamaku juga.

Lagi sekali, untuk tahu kelayakan pinjaman perumahan, lulus atau tidak. Tak cukup sekadar gaji sahaja. Dan gaji yang anda bagi tahu tu kalau 5000. Tapi pecahan 3000 daripadanya adalah basic, dan 2000 lagi adalah daripada Overtime. Disini pun cara kiranya akan jadi berbeza.

Tapi, apa apa pun.

Untuk kiraan kasarlah, anda bahagi sahaja basic atau gaji yang anda dapat, termasuk dengan OT dengan 3.

Gaji + OT + Elaun = RM dan bahagi dengan 3 = Jawapan

Sudah selesai anda bahagi dengan 3, anda darab pula dengan 200. Untuk tahu pinjaman perumahan yang boleh lulus.

Contohnya

Gaji + OT + Elaun = RM 5000 / 3 = RM 1667 x 200 = RM 333K

Kiranya, untuk gaji RM 5000, anggaranya anda boleh layak untuk pinjaman sebanyak RM 333K. 

Andai kata, rumah yang anda nak beli itu RM 350K, tapi dapat macam slightly bawah sikit macam ni. Anda kena minta saya kira semula. Sebab kiraan bahagi 3, dan darab 200 adalah anggaran kasar sahaja.

Tapi, kalau anda kira anggaran ini adalah dibawah harga target rumah yang anda nak beli, bermaksud, InsyaAllah nak LULUS itu tinggi.

Katakan, anda kira guna formula anggaran ini dapat 350K, tapi rumah yang anda nak beli 300K. InsyaAllah peluang untuk LULUS tinggi.

Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji

Total Gaji
Installment
Harga Rumah Layak
2500
833.33
166,600
3500
1166.67
233,200
4500
1500
300,000
5500
1833.33
366,600
6500
2166.67
433,200
7500
2500
500,000
8500
2833
566,600
9500
3166.67
633,200
15500
5166.67
1,033,200

Kalau nak beli rumah harga sejuta, baru kena ada 15K sebulan kan? haha..

Kenapa saya kira start dengan 2500?

Sebab kalau gaji anda 2000 ke bawah, tak layak nak buat loan. Bank akan minta anda cari orang untuk buat joint loan punya. Kalau basic anda 1500, pasangan pun 1500. Boleh tengok table atas untuk gaji yang RM 3000.

Boleh joint loan dengan pasangan suami isteri dengan darah daging sahaja ya. mak bapak, atau dengan adik beradik.

Kalau mak ayah dah pencen, tapi nak beli rumah juga, rasanya boleh. Tapi mesti joint loan, dan pasangan atau anak yang joint loan tu mesti sudah bekerja.

Begitu. Sepanjang saya jadi agent, saya belum pernah lagi proceed loan mak ayah yang dah pencen ni. Biasa orang duk tanya tanya saya sahaja. Lepas tanya saya, saya pun confirmkan dengan banker, depa pun senyap. Oh very sad

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments