Buat Duit Dengan Rumah Sewa

Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini ya, kalau nak buat duit dengan hartanah ni ada 3 sahaja caranya. Saya tahu, kalau orang lain yang senaraikan memang boleh pergi berbelas cara buat duit dengan hartanah.

Tapi sebenarnya, anda tambah tolak balik, balik kepada 3 cara ini juga sebenarnya:

  1. capital gain – kiranya kita tunggu market value naik. sementara itu boleh duduk dulu atau bagi sewa.
  2. kedua ialah bagi sewa – boleh sewa untuk family, atau laki bujang sahaja, perempuan bujang sahaja, ataupun student yang boleh sumbat 4 orang satu bilik, tengok saiz bilik juga, belacan pula budak budak tu nanti.
  3. dan terakhir ialah, lebih kurang macam no dua, iaitu anda buat jadi homestay.

baca juga > nak buat sewa atau homestay

Dan ikut kepada topik kita sekarang ialah, berkenaan dengan sewa, berapa keuntungan yang boleh kita dapat.

Disclaimer lagi macam biasa!
perkongsian saya ni adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri sebagai agent hartanah selama hampir 5 tahun. Saya bukan sifu, saya bukan pakar atau apa pun.

Saya cuma seketul agent, yang dulunya kerja kilang, tapi saya benti sebab saya tak suka bos saya, dan mujur pula masa tu dah setahun jadi part time agent hartanah.

sebabkan saya tak suka bos saya, saya pun berhenti kerja.

alhamdullillah, keputusan saya macam terbaik. sebab bidang hartanah ni, sangat sangat membuka mata saya dalam bidang kewangan.

Ye la, budak kilang kan, kalau tak sembang pasal perempuan sembang pasal ngata orang. itu je la..

ngata bos paling syok.

Ikut pada pengalaman saya

ikut pada pengalaman saya, kalau kita nak beli rumah dan sewakan, kita sebenarnya memang terpaksa menanggung installment bank dalam tempoh 5 atau 8 tahun pertama.

Tapi tak semua, dalam 30 ke 40% sahaja.

Sebab saya perasan, kebanyakan tempat terutamanya di Kedah dan Seberang Perai, kadar sewa sebaik sahaja anda beli rumah itu ialah 60 ke 70 peratus daripada sewa.

Contoh, anda beli rumah harga 200K.

200K ni, ibarat bulanan dalam RM 1000 sebulan.

Dan bila saya cakap, anda hanya boleh letak harga sewa dalam 60 ke 70 peratus, ibarat dalam 600 ke 700 sebulanlah rate sewanya.

Kalau boleh buat fully furnish, mungkin boleh letak 750 sebulan.

Kalau anda tak percaya, boleh tengok sendiri di Mudah. Sebab kalau anda tak pasti, nak semak dulu area Nilai, atau Selangor berapa boleh cek mudah.my dulu.

Saya tak rasa akan lari jauh sangat.

Tapi, jangan risau

Tapi jangan risau, walaupun anda terpaksa topup 40% daripada installment. Selain daripada sebenarnya 40% tu pun dah kira sikit, lagipun 40% ni bukanlah berkekalan pun.

Sebab anda boleh letakkan perjanjian sewa, atau tenancy aggreement yang mengatakan akan naikkan rate sewa sebanyak 10 – 15 percent dalam tempoh 2 tahun.

Dan kalau kita kira balik, 10 – 15 percent tu.

katakan kita start dengan 650 sebulan

2023 > sewa RM 650 sebulan ( selepas 2 tahun )

naik rate 15% = RM 97.5 + 650 = RM 747.5

2025 > sewa RM 747.5 sebulan ( selepas 4 tahun )

naik rate 15% = RM 112.13 + 747.5 = RM 859.63

2027 > sewa RM 859.63 sebulan ( selepas 6 tahun )

naik rate 15% = RM 128.94 + 859.63 = 988.74

2029 > sewa RM 988.74 sebulan ( selepas 8 tahun )

cara kedua

Yang tadi saya kira adalah rate untuk family. Kebiasaannya begitu, apa apa pun anda kena cek rate sewa berapa dulu sebelum beli.

Kalau tak tahu, boleh minta agent hartanah sehensem saya ni semakkan untuk area Kedah, Penang dan Perak.

Cara kedua, ialah kita sewa pada pekerja bujang. Laki laki pun boleh, perempuan pun boleh.

Macam saya sewa dulu, rumah tu ada 10 bilik, dengan kadar rate sewa RM 250 sebulan.

Situ sahaja dah 2500 sebulan. Tapi rumah ni memang luas juga.

Pendek cerita, kalau anda buat sewa bilik pekerja bujang, memang akan boleh dapat rate sewa lebih sikit. Tapi kena fully furnish ya.

Dan kalau ada aircond lagi baik.

Kalau anda tambah pilih, buat partitian sampai ruang tamu pun tak ada tu kena hati hati, sebab kemungkinan besar penyewa anda akan keluar masuk.

Kita tak nak lah macam tu kan,biar orang sewa dengan kita lama lama. Tak ada serabut kepala.

ini fakta bukan auto

Ada kawan saya, baru beli rumah dalam 7 tahun, installment rumah dia dalam 400 ringgit rasanya, sebab dia beli dulu 105K.

Dan dia sewakan dengan harga 530 sebulan. Itu pun kira murah, sebab standard dalam RM 600.

Kiranya rules yang saya setkan 60 hingga 70 peratus untuk rate sewa, dan kenaikan 10 hingga 15 peratus bukan setakat anggaran kasar.

Tapi best praktise formula gitu, saya memang tak menjanjikan bulan dan bintang dalam blog saya ni. Apa yang saya cerita adalah dari pengalaman saya.

Kalau saya tipu, saya dosa. Tapi kalau saya terlepas tu, harap maaflah ya. Sebab kadang saya tengah taip ni, wife tegor ajak sembang.

Cara ketiga..

Sewa bagi student.

Student ni, ada satu kes di Kuala Ketil. Kiranya memang kawasan studentlah tu kan, sebab dekat dengan U.

Sebut pasal student ni, saya banyak tau dapat rayuan budak budak student nak cari rumah sewa, merayu rayu sebab tak dapat lagi.

Antaranya area di Kulim, Kubang Semang. Mungkin ada lagi lain, lupa dah.

So kalau memang niat nak invest, contact saya untuk available unit ya.

Untuk cara ketiga student ni. ada sorang kakak ni, rumah dia ada 3 bilik.

Dia beli katil double decker, setiap bilik ada 2 set. Kiranya satu bilik, boleh sumbat 4 budak.

Total 3 bilik, ada 12 budak yang sewa RM 100 sebulan.

Kiranya 1200 sebulan. Bil api, dan air depa bayar sendiri juga.

Sedangkan installment kak tu dalam RM 1000 sebulan.

Finally.

Kiranya, kalau kita punya rumah tu, dekat dengan tempat orang nak g kerja, untuk kita bagi family sewa, boleh juga bagi pekerja bujang duduk juga, dan ada juga pula tempat study, university untuk student pun boleh sewa.

Memang terbaik tempat macam ni.

Agak agak ada tak? ada je, kat KTC Hi Tech.

Saya snap gambar Google Map ya.

yang merah tu – adalah kawasan kilang,atau tempat kerjanya. Kalau anda perasan, tengah tengah tu hospital pun ada. Saya buat anah panah merah ke atas tu sebab luas lagi kawasan industri ni.

putih -ini kawasan KTC, kiranya area rumah yang paling dekat dengan kawasan kilang dah paling mahal la banding area lain kat Kulim. permintaan sini memang gila gila, sampai saya pun benci gila orang lain jual. sebab ini kawasan focus saya, agent lain plak dapat rumah. nak buat macam mana, owner tak kenal saya. ( owner tak baca blog )

belah bawah tu – ada poli, dan sebenarnya kalau zoom sebelah poli di ada universiti juga. Cawangan ja rasanya.

Dulu saya duk area Kulim Hi Tech ni 3 tahun. Tau lah juga sikit sikit area sini.

Finally lagi sekali

Apa apa pun, rate sewa mungkin tak berapa tinggi dari installment. Tapi saya tak pasti kalao sifu hartanah punya nasihat macam mana. Tapi OK lah, kita beli ja, memang tak kaya mana pun rasanya kalau main sewa ni, sekadar nak tampung installment sementara kita nak tunggu value naik, ok sangat dah.

Mungkin ada kot, sewa yang memang terus tinggi atau sama dengan installment sebaik sahaja anda beli rumah.

Di Kedah saya perasan macam nak ada ada juga satu tempat ni, tapi tak apa. saya biar dulu. Tunggu beberapa kali kejadian baru buat kesimpulan.

Atau kalau nak dapatkan potensi lebih lagi, adalah dengan buat homestay.

Dah baca cara buat duit dengan homestay?

Macam mana penulisan saya. Boleh percaya tak? Nama saya Syed Shaffizan, 2023 ni, saya 35 tahun. Agent hartanah berdaftar dengan IW Properties. Mula menceburi bidang hartanah sejak 2018 lagi, jika anda inginkan sebarang khidmat nasihat atau pun bercadang untuk menjual rumah. Boleh whatsapp saya di shaffizanproperty. Whatsapp sahaja ya!! Saya hanya focus beberapa daerah di Perak, seluruh Kedah, dan seluruh kawasan Penang sahaja ya. Tapi kalau anda percayakan servis saya boleh je kalau dari Perlis sampai ke Selangor pun.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Site Footer